Bahagian Kewangan

  1. Mewujudkan dan mempertingkatkan sistem pengurusan kewangan yang telus berpandukan kepada peraturan-peraturan kewangan yang dikeluarkan oleh kerajaan
  2. Mengawal peruntukan kewangan supaya selaras dan sehalauan dengan matlamat Majlis Sukan Negeri Sabah, berdasarkan peruntukan yang diluluskan
  3. Menyempurnakan proses tuntutan dan pembayaran subsidi geran persatuan, elaun jurulatih serta bantuan pembangunan sukan dengan teratur berpandukan prosedur dan peraturan-peraturan yang ditetapkan
  4. Menyelaras dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Majlis Sukan Negeri Sabah kepada Kementerian Kewangan melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
  5. Melaksanakan tanggungjawab dan komited dalam menjadikan pentadbiran serta pengurusan Majlis Sukan Negeri Sabah berfungsi dengan efisyen dan produktif