Jadual harian SAGA IX, Keningau 2019 Pada 5 Disember 2019
Submitted by suziana on
Submitted by suziana on
Submitted by suziana on
Submitted by suziana on
Keputusan Rasmi
100m Lelaki
1.Shahrimien Saimoh (Tawau 1) = 11.14s
2.Mohd Nor Musyaraf (Pelapis Sandakan) = 11.41s
3.Lienell Owen Livinus (SSNS) = 11.43s
100m Wanita
1.Chelsea Cassiopea Evali (Tawau 1) = 12.56s
2.Nur Aishah Rrofina Aling (Pelapis Sandakan) = 12.82s
3.Feova Lim Yi Fei (SMK Tamparuli) = 13.03s
200m Lelaki
1.Shahrimen Saimoh (Tawau 1) = 22.35s
2.Rey Dern (SSMS) =23.28s
3.Lienell Owen Livinus (SSNS) = 23.78s
200m Wanita
Submitted by suziana on
KOTA KINABALU: Pasukan Tawau merangkul gelaran juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Tertutup Sabah 2019 yang berakhir di Stadium Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di sini pada Ahad.
Ditunjangi pelatih-pelatih Sukan Malaysia (SUKMA) negeri, Tawau membawa pulang 11 pingat emas dan dua pingat gangsa untuk mengatasi 38 pasukan lain.
Kejohanan dua hari anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah itu disertai oleh 300 atlet dari seluruh negeri Sabah.
Submitted by suziana on
KOTA KINABALU: Program Mengenal Pasti Bakat (TID) Sukan Renang dan Terjun yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah dengan kerjasama Persatuan Sukan Akuatik Sabah (SASA) baru-baru ini mendapat sambutan hangat.
Aktiviti di bawah Program Pelapis dan Bakat Negeri Sabah (PPBNS) itu diadakan di Kota Kinabalu dan Sandakan.
Submitted by suziana on
KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS) YB. Tuan Phoong Jin Zhe mengajak atlet-atlet negeri ini untuk membawa pulang lebih banyak kejayaan khususnya dari peringkat antarabangsa.
Bercakap semasa menerima kunjungan hormat dari rombongan badminton veteran di pejabat KBSS di Wisma MUIS, Sembulan pada Isnin, beliau menaruh harapan tinggi untuk melihat dua pemain dari Sabah mencipta sejarah di Poland.
Submitted by suziana on
KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah berjaya membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak dan enam pingat gangsa di Karnival Bakat Pelapis Kebangsaan Siri 1/2019 yang berakhir di Pusat Sukan Kebangsaan, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pingat emas dimenangi dalam sukan tinju menerusi Daniel Wahyu yang berjaya menewaskan Ahnad Danial Amran dari Perlis dalam perlawanan akhir kategori berat -54 kilogram (kg) peringkat umur 15-16 tahun lelaki.
Submitted by suziana on
KOTA KINABALU: Kekurangan prasarana tidak pernah mematahkan semangat atlet-atlet Sabah untuk berjuang menyaingi kehebatan atlet negeri-negeri lain yang dapat berlatih dalam suasana dan kemudahan serba moden dan canggih.
Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS) YB Tuan Phoong Jin Zhe berkata, beliau sedar dengan kekurangan prasarana sukan di negeri ini, tetapi tetap berharap atlet-atlet Sabah akan terus tabah dan berjuang sepenuh tenaga untuk membawa pulang kejayaan.
Submitted by suziana on
KOTA KINABALU: Sabah meraih tiga pingat emas di Kejohanan Tenpin Boling Simulasi Sirkit LSBJB Peringkat Kebangsaan 2019 yang berakhir di Lite Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru pada Ahad.
Selain tiga emas, kejayaan pasukan Sabah di kejohanan dua hari itu turut dihiasi dengan dua pingat perak.
Lebih manis lagi, atlet-atlet negeri ini menyapu bersih kejuaraan dalam kategori Master selepas Emmanuel Fo menjuarai kategori lelaki dan Intan Qistina menjuarai kategori perempuan.
Submitted by suziana on
KOTA KINABALU: Seramai 84 peserta telah menyertai Kursus Sains Sukan Tahap 1 - Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2019 yang berlangsung di Mini Auditorium, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula 24-28 Jun lalu.
Kursus anjuran Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN Sabah) itu yang disertai oleh jurulatih-jurulatih dan para penggiat sukan dari seluruh negeri Sabah, bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dalam bidang sains sukan.