KBSS azam lahirkan jurulatih tempatan berkelas dunia
Submitted by suziana on
KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) berusaha mengurangkan kebergantungan khidmat jurulatih luar negara kerana ianya melibatkan perbelanjaan yang besar.
Setiausaha Tetap KBSS Mohd Yusrie Abdullah berkata, kebergantungan pada jurulatih luar negara untuk jangka masa panjang sebenarnya tidak memberi keuntungan kepada kita.