Submitted by sulkifli on

1. NAMA
1.1 Kejohanan ini dinamakan ”FESTIVAL SUKAN NEGERI-NEGERI SE-MALAYSIA (FESMAS)”
2. LATARBELAKANG
2.1 Festival Sukan Majlis Sukan Se-Malaysia merupakan acara tahunan yang akan dianjurkan mengikut sistem penggiliran yang dibincangkan melalui Jawatankuasa Induk Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-negeri SeMalaysia yang mana ahli-ahli terdiri daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia dan Pengarah-pengarah Majlis Sukan Negeri.
2.2 Penganjuran Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-negeri Se-Malaysia atau dikenali sebagai Sukan FESMAS telah diperkenalkan sejak tahun 1998 lagi.
2.3 Sukan FESMAS diwujudkan bertujuan untuk membolehkan seluruh tenaga dan warga kerja Majlis Sukan Negeri-negeri dihimpunkan bagi berkongsi pandangan serta pendapat dalam suasana santai dan muhibah.
2.4 Selain itu bertujuan mewujudkan / mengekalkan budaya bersukan dikalangan pegawai dan warga kerja Majlis Sukan Negeri-negeri sebagai role model kepada pembangunan sukan dan masyarakat umum-nya.