Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan tahap 1

1. LATAR BELAKANG

1.1 Sesebuah organisasi yang ditadbir dengan cekap dan efisyen akan dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dan output yang berkualiti.

1.2 Kursus ini memberi peluang kepada penggiat dan pentadbir sukan mendapatkan pendidikan secara formal.

1.3 Kursus ini merupakan satu program pendidikan berterusan dengan aplikasi yang dipiawaikan bagi melatih, membangun serta menaikkan taraf, tahap pengetahuan dan kemahiran di kalangan para penggiat, pentadbir dan pengurus sukan mengikut kehendak dan keperluan sukan tempatan tanpa mengabaikan keperluan peringkat antarabangsa.

 

2. OBJEKTIF

2.1 Melaksanakan satu program pendidikan pengurusan sukan yang berstruktur dan merangkumi pelbagai aspek.

2.2 Kursus ini membolehkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam pentadbiran dan pengurusan sukan dapat dipelajari dengan pendekatan yang sistematik.

2.3 Menambahkan peluang kepada peserta untuk meningkatkan ilmu dalam pengurusan sukan diperingkat yang lebih tinggi.

2.4 Melahirkan pengurus-pengurus sukan yang professional dari peringkat asas hinggalah ke peringkat tertinggi.

2.5 Menerapkan budaya kerja yang berlandaskan isu-isu moral dan etika yang positif dalam sukan.

 

3. PESERTA, SYARAT DAN KELAYAKAN

3.1 Had minimum peserta adalah 30 orang, negeri-negeri yang menjadi penganjur hendaklah menyediakan kuota untuk sepuluh (10) orang peserta dari negeri luar sekiranya berkaitan.

3.2 Peserta dipilih oleh Majlis Sukan Negeri dimana kursus dianjur.

3.3 Senarai peserta yang layak hendaklah dihantar kepada Majlis Sukan Negara Malaysia sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh kursus.

3.4 Keutamaan penyertaan untuk penganjuran peringkat negeri Majlis Sukan Negeri Sabah iaitu:-

3.4.1 Pentadbir-pentadbir sukan yang bergiat aktif melalui 45 Persatuan Sukan Negeri yang bernaung dibawah Majlis Sukan Negeri.

3.4.2 Pengurus-pengurus pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) atau Sukan Sabah (SAGA),

3.4.3 Pentadbir dan penggiat sukan yang aktif mentadbir kelab-kelab sukan/ persatuan daerah

3.4.4 Sepuluh (10) kuota kepada Majlis Sukan Negara untuk tawaran penyertaan kepada penggiat sukan daripada Majlis Sukan Negeri-negeri.

3.5 Syarat dan kelayakan adalah seperti ketetapan berikut:

3.5.1 Kursus ini terbuka kepada semua individu yang berminat berusia 18 tahun ke atas.

3.5.2 Semua perbelanjaan seperti yuran pendaftaran, penginapan dan pengangkutan adalah atas tanggungan peserta sendiri.

3.5.3 Peserta dikehendaki menguruskan cuti untuk berkursus.

3.5.4 Peserta dikehendaki membawa komputer riba (Laptop) khususnya untuk sesi praktikum bagi topik ICT Dalam Pengurusan Sukan.

 

4. YURAN PENDAFTARAN

4.1 Peserta dikehendaki membayar yuran pendaftaran seperti berikut:   

BIL PERKARA YURAN MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA MAKAN, MINUM & ALAT TULIS KURSUS JUMLAH
1 Peserta Baru RM 120.00 RM 100.00 RM220.00
2 Peserta Mengulang RM 50.00 RM 100.00 RM150.00

4.2 Pembayaran perlu dibuat secara wang tunai, semasa menghadiri kursus. Sekiranya bayaran dibuat menggunakan cek, hendaklah diletakkan atas nama Majlis Sukan Negeri Sabah.

 

5. PENGINAPAN DAN TAMBANG

5.1 Pihak Majlis Sukan Negeri Sabah TIDAK menyediakan tempat penginapan dan tambang peserta. Walaubagaimanapun makan dan minum peserta akan disediakan sepanjang perjalanan kursus iaitu Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang sahaja.

 

6. INSTRUKTUR KURSUS

6.1 Pihak Majlis Sukan Negara Malaysia akan menyediakan instruktur-instruktur untuk sepanjang kursus. Semua bayaran elaun instruktur dan hal-hal yang berkaitan dengannya akan diurus oleh Majlis Sukan Negara Malaysia.

 

7. TEMPAT KURSUS

7.1 Pihak penganjur adalah bertanggungjawab untuk mengurus tempat dengan mengambil perhatian terhadap kesesuaian bilik dan keperluan-keperluan peralatan bantuan seperti LCD, projektor, papan putih serta lain-lain peralatan yang dimaklumkan dari masa ke semasa.