Kursus Sains Sukan tahap 1, 2 dan tahap 3

1. LATAR BELAKANG

1.1 Mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPPK) bagi memberi pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan.

1.2 Skim ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Tahap I, II, dan III. Setiap tahap mengandungi komponen-komponen:-

1.2.1 Sains sukan I,II, dan III (Kelola Majlis Sukan Negara Malaysia)

1.2.2 Pengkhususan sukan (Kelola Persatuan Kebangsaan)

1.2.3 Pratikum Pengkhususan Sukan (Kelola Persatuan Sukan Kebangsaan)

 

2. OBJEKTIF

2.1 Melatih, melengkap, dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam Bidang Sains Sukan agar dapat memajukan lagi corak dan cara kejurulatihan untuk membantu mempertingkatkan lagi prestasi dan pencapaian sukan Negara.

 

3. PESERTA

3.1 Had minimum peserta adalah 30 orang, negeri-negeri yang menjadi penganjur hendaklah menyediakan kuota untuk sepuluh (10) orang peserta dari negeri luar sekiranya berkaitan.

3.2 Peserta dipilih oleh Majlis Sukan Negeri dimana kursus dianjur.

3.3 Senarai peserta yang layak hendaklah dihantar kepada Majlis Sukan Negara sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh kursus.

3.4 Keutamaan penyertaan untuk penganjuran peringkat negeri Majlis Sukan Negeri Sabah iaitu:-

3.4.1 Jurulatih SUKMA yang dikenalpasti dan belum lulus atau tidak mempunyai sijil Sains Sukan Tahap I, II atau III

3.4.2 Jurulatih-jurulatih yang bergiat aktif melalui 45 Persatuan Sukan Negeri yang bernaung dibawah Majlis Sukan Negeri

3.4.3 Sepuluh (10) kuota kepada Majlis Sukan Negara untuk tawaran penyertaan kepada jurulatih daripada Majlis Sukan Negeri-negeri.

3.5 Syarat dan kelayakan untuk mengikuti Kursus Sains Sukan Tahap I :-

3.5.1 Terbuka kepada semua individu yang berminat dalam bidang kejurulatihan dan sukan,

3.5.2 Umur tidak kurang daripada 18 tahun,

3.5.3 Pemohon hendaklah menyertakan sesalinan sijil sukan spesifik (sekiranya ada),

3.5.4 Bagi peserta yang mengulang, perlulah lampirkan sijil atau keputusan kursus terdahulu beserta borang permohonan kursus.

3.6 Syarat dan kelayakan untuk mengikuti Kursus Sains Sukan Tahap II  :-

3.6.1 Terbuka kepada semua individu yang berminat dalam bidang kejurulatihan dan sukan,

3.6.2 Umur tidak kurang daripada 18 tahun,

3.6.3 Peserta wajib Lulus Tahap I atau memiliki Sijil Pengiktirafan Tahap I yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM),

3.6.4 Peserta yang ingin memohon Tahap II perlu genap satu (1) tahun setelah lulus Tahap I. Markah lulus dan layak ke Tahap II ialah 60%,

3.6.5 Borang permohonan hendaklah dihantar terus kepada Majlis Sukan Negeri Sabah (sila sertakan sesalinan sijil sukan spesifik sekiranya ada),

3.6.6 Bagi peserta yang mengulang, perlulah lampirkan sijil atau keputusan kursus terdahulu beserta borang permohonan

3.7 Syarat dan kelayakan untuk mengikuti Kursus Sains Sukan Tahap III :-

3.7.1 Terbuka kepada semua individu yang berminat dalam bidang kejurulatihan dan sukan,

3.7.2 Umur tidak kurang daripada 18 tahun,

3.7.3 Peserta wajib Lulus Tahap II atau memiliki Sijil Pengiktirafan dalam bidang yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara (MSN), sertakan sesalinan sijil

3.7.4 Peserta yang ingin memohon Tahap III perlu genap satu (1) tahun setelah lulus Tahap II,

3.7.5 Bagi peserta yang mengulang, perlulah lampirkan sijil atau keputusan kursus terdahulu beserta borang permohonan kursus.

 

4. YURAN PENDAFTARAN

4.1 Peserta dikehendaki membayar yuran pendaftaran seperti berikut:   

BIL PERKARA YURAN MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA MAKAN, MINUM & ALAT TULIS KURSUS JUMLAH
1 Peserta Baru Tahap 1 RM 100.00 RM 100.00 RM200.00
2 Peserta Baru Tahap 2 RM 150.00 RM 100.00 RM250.00
3 Peserta Baru Tahap 3 RM 200.00 RM 100.00 RM300.00
4 Peserta Mengulang RM 50.00 RM 100.00 RM150.00

4.2 Pembayaran perlu dibuat secara wang tunai, semasa menghadiri kursus. Sekiranya bayaran dibuat menggunakan cek, hendaklah diletakkan atas nama Majlis Sukan Negeri Sabah.

 

5. PENGINAPAN DAN TAMBANG                

5.1 Pihak Majlis Sukan Negeri Sabah TIDAK menyediakan tempat penginapan dan tambang peserta. Walaubagaimanapun makan dan minum peserta akan disediakan sepanjang perjalanan kursus iaitu Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang sahaja.

 

6. INSTRUKTUR KURSUS

6.1 Pihak Majlis Sukan Negara Malaysia akan menyediakan instruktur-instruktur untuk sepanjang kursus. Semua bayaran elaun instruktur dan hal-hal yang berkaitan dengannya akan diurus oleh Majlis Sukan Negara Malaysia.

 

7. TEMPAT KURSUS

7.1 Pihak penganjur (MSNS) adalah bertanggungjawab untuk mengurus tempat dengan mengambil perhatian terhadap kesesuaian bilik dan keperluan-keperluan peralatan bantuan seperti LCD, projektor, papan putih serta lain-lain peralatan yang dimaklumkan dari masa ke semasa.