Submitted by sulkifli on
OBJEKTIF
Diantara objektif Sukan Sabah ( SAGA ) adalah seperti berikut:-
- Untuk mencungkil dan mempertengahkan lebih ramai lagi atlet berpotensi dari semua daerah untuk mewakili bidang sukan di mana Negeri Sabah yang sedang menyerlah di Peringkat Sukan Malaysia (SUKMA);
- Memberi peluang kepada atlet-atlet remaja di luar bandar untuk menyertai kejohanan peringkat Negeri di samping menggalakkan pembangunan sukan secara berterusan;
- Memberi peluang dan pendedahan kepegawaian (pentadbir, Pegawai Teknik, Jurulatih, dan sebagainya);
- Menggalakkan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada di peringkat akar umbi seterusnya membudayakan sukan ke arah melahirkan masyarakat yang cergas, cerdas, dan berdaya saing;
- Menggalakkan dan memberi peluang kepada daerah untuk menjadi Tuan rumah Kejohanan Peringkat negeri disamping menyumbang kepada perkembangan aktiviti ekonomi di daerah berkenaan;
- Menggalakkan penumbuhan persatuan/kelab sukan di peringkat daerah;
- Untuk memberi tumpuan kepada aspek Pembangunan Atlet Remaja, di Negeri Sabah selaras dengan objektif Program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan kelolaan Majlis Sukan Negara Malaysia;
PENYERTAAN DAERAH
Sejumlah 26 daerah telah menyertai Sukan Sabah ( SAGA ). Setiap daerah akan menghantar satu kontinjen yang akan menyertai semua acara yang pertandingkan. Daerah-daerah adalah seperti berikut:-
- Bandaraya Kota Kinabalu
- Perbandaran Sandakan
- Perbandaran Tawau
- Daerah Kudat
- Daerah Beaufort
- Daerah Kota Marudu
- Daerah Nabawan
- Daerah Sipitang
- Daerah Putatan
- Daerah Lahad Datu
- Daerah Beluran
- Daerah Kota Belud
- Daerah Kuala Penyu
- Daerah Penampang
- Daerah Papar
- Daerah Keningau
- Daerah Pitas
- Daerah Tambunan
- Daerah Tenom
- Daerah Tuaran
- Daerah Ranau
- Daerah Semporna
- Daerah Kunak
- Daerah Kinabatangan
- Daerah Tongod
- Daerah Telupid