PARALIMPIK

1. PENDAHULUAN

1.1 Sukan Paralimpiad Malaysia merupakan kejohanan sukan dwitahunan peringkat kebangsaan untuk Malaysia yang dilangsungkan setiap dua tahun sekali khas untuk atlet orang kurang upaya (oku) selepas Sukan Malaysia.

1.2 Sukan Paralimpiad ini dikelolakan oleh Majlis Paralimpik Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri (PESRON) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Untuk menerapkan nilai-nilai Amalan Budaya Sukan dan melaksanakan polisi, konsep dan program ‘Sukan Untuk Semua’ di peringkat kelab dan negeri untuk kesejahteraan insan golongan kelainan upaya.

2.2 Untuk menyediakan ‘Peluang Kecemerlangan Sukan’ kepada atlit kelainan upaya dan bakat muda yang bercita-cita untuk menempa nama kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, serta menjadi sebahagian asset kebanggaan Negara.

2.3 Untuk memberikan pengalaman dan pendedahan yang lebih meluas bagi meningkatkan tahap kemahiran dan ilmu pengetahuan, kepakaran teknikal, teknologi dan keupayaan pengurusan disamping memantapkan lagi semangat kesukarelawan.

2.4 Untuk mempertingkatkan perhubungan dan semangat setiakawan sekaligus mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3. KATEGORI KECACATAN

Kategori kecacatan yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia:-

  1. OKU Anggota (Wheelchair Bound, Amputees & Les Autres)
  2. OKU Penglihatan (Visually Impaired)
  3.  Spastik (Cerebral Palsied)
  4. OKU Akal (Intellectual Disabled)
  5. Kerdil (Little People)
  6. OKU Pendengaran (Deaf)

    (Pekak – diiktirafkan sebagai kehilangan pendengaran sekurang-kurangnya 55dB disebelah telinga yang lebih baik (3 nada   frekuensi pada 500, 1000 dan 2000 Hertz, mengikut piawaian ISO 1962)

4. PENCAPAIAN CEMERLANG ATLET OKU

Senarai  Atlet Negeri Sabah Ke Sukan Paralimpik London 2012

BIL NAMA SUKAN KATEGORI CATATAN
1 Aderin Majurin Olahraga Merejam Lembing Catatan Terbaik 17.74
Lempar Cakera Cacatan Terbaik 26.4
2

Eryanto Bahtiar

Olahraga Lompat Kijang Cacatan Terbaik 13.21
Lompat Jauh Cacatan Terbaik 6.51
3

Al-Mustakim Matrin

Pelayaran Keelboat (2) Race 1 & 2
Race 3 & 4
Race 5 & 6
Race 7 & 8
Race 9 & 10 
Race 11 (Last Race)