Pengenalan Anugerah Sukan

1. PENDAHULUAN

1.1. Anugerah Sukan Negeri Sabah (ASNS) telah diperkenalkan sejak tahun 1985.  Pengiktirafan Kerajaan terhadap kejayaan para atlet dan pegawai-pegawai sukan melalui Anugerah Sukan Negeri sabah diadakan setiap tahun adalah merupakan daripada sokongan terhadap aktiviti sukan tanah air.

2. TUJUAN

2.1. Sebagai pengiktirafan tertinggi Kerajaan kepada Atlet, Jurulatih dan Pegawai yang sentiasa berjuang untuk mengangkat martabat bangsa dan Negara.

2.2. Untuk menghargai jasa dan perkhidmatan serta kepimpinan orang perseorangan dan Persatuan Sukan Negeri kea rah kemajuan sukan.

2.3. Untuk menghormati dan menghargai pencapaian ahli-ahli sukan negeri yang telah mencapai kecemerlangan di peringkat Negeri, Kebangsaan dan antarabangsa.

3. JENIS ANUGERAH

  • Olahragawan Negeri Sabah
  • Olahragawati Negeri Sabah
  • Olahragawan Harapan Negeri Sabah
  • Olahragawati Harapan Negeri Sabah
  • Tokoh Sukan
  • Pasukan Lelaki Terbaik
  • Pasukan Wanita terbaik
  • kepimpinan Sukan
  • Anugarah Khas
  • Pasukan Sukan Terbaik
  • Wartawan Sukan Terbaik
  • Jurulatih Terbaik
  • Olahragawan (OKU)
  • Olahragawati (OKU)