Peraturan Am

PERATURAN TETAP SUKAN SABAH

1.0 DEFINISI

1.1 "SUKAN SABAH” adalah berkonsepkan kejohanan beraneka jenis sukan (multi sports competition) yang diadakan dwi tahunan dan diadakan berseleng seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA).

1.2 "JAWATANKUASA INDUK" bermaksud Jawatankuasa Tertinggi SUKAN SABAH yang dipengerusikan oleh Y.B.  Menteri  Belia dan Sukan Sabah.

1.3 "JAWATANKUASA PENGELOLA / PELAKSANA" dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, jika kejohanan tersebut diadakan di Kota Kinabalu dan Pengerusi Bersama dengan Presiden Majlis Perbandaran atau Pegawai Daerah jika diluar Kota Kinabalu.

1.4 "JAWATANKUASA TETAP PERINGKAT DAERAH" bermaksud Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Presiden, Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah atau mana-mana yang sesuai.

1.5 "PENGERUSI" bermaksud Pengerusi Jawatankuasa Induk”.

 

2.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS

2.1 "SUKAN SABAH" adalah satu acara Pembangunan Sukan Negeri Sabah di bawah anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

2.2 "SUKAN SABAH" akan diperhitungkan mulai daripada "SUKAN SABAH" pertama yang berlangsung pada tahun 2003.

2.3  Arahan pengelolaan "SUKAN SABAH" terletak kepada Jawatankuasa Induk.

 

3.0 JAWATANKUASA INDUK

3.1 Jawatankuasa Induk hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari dan beberapa orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen kecil 3.2 dan 3.3 di bawah;

3.2 Y.B. Menteri Belia dan Sukan Sabah hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Induk.

3.3 Ahli Jawatankuasa Induk yang lain hendaklah dilantik oleh Y.B.  Menteri Belia dan Sukan  Sabah dan hendaklah terdiri seperti berikut:-

  1. Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan yang difikirkan perlu.

3.4 Tugas-tugas Jawatankuasa Induk ialah:-

  1. Menjaminkan ‘SUKAN SABAH’ dilaksanakan berdasarkan kepda prinsip-prinsip asas dan perkara yang tercatat di dalam semua peraturan ‘SUKAN SABAH’.

3.5 Kuasa-Kuasa Jawatankuasa Induk:-

  1. Pengerusi Jawatankuasa Induk berkuasa memanggil sesuatu mesyuarat apabila difikirkan perlu.
  2. Di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Induk, Pengerusi boleh menjemput wakil dari mana-mana badan yang berkaitan untuk menghadiri mesyuarat jika dengan kehadiran mereka dapat membantu Jawatankuasa.  Bagaimanapun, jika dengan keadaan memerlukan dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Pengerusi bolehlah bertindak dalam membuat sesuatu keputusan.
  3. Jawatankuasa Induk boleh menggantung daerah, pasukan, pegawai, jurulatih atau atlet yang melanggar peraturan daripada mengambil bahagian di ‘SUKAN SABAH’ yang berikutnya.
  4. Jawatankuasa Induk boleh pada bila-bila masa menjemput atau menerima permohonan mana-mana Wilayah / Negeri / Negara untuk bertanding dalam mana-mana acara sukan yang dipertandingkan dalam SUKAN SABAH sebagai peserta / kontinjen jemputan.
  5. Jawatankuasa Induk boleh mengarah atau menarik balik semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa-jawatankuasa yang lain sekiranya difikirkan perlu.

 

4.0 JAWATANKUASA PENGELOLA/PELAKSANA

4.1 Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana ‘SUKAN SABAH’ mengandungi seorang (1) Pengerusi (jika kejohanan diadakan di Kota Kinabalu) atau dua (2) Pengerusi Bersama (jika kejohanan diadakan diluar Kota Kinabalu). Demikian juga bagi jawatan Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan beberapa ahli yang difikirkan perlu yang dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi.

4.2 Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana adalah bertanggungajwab dalam:-

  1. Menyediakan sepenuhnya pengelolaan ‘SUKAN SABAH’.
  2. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana dari masa ke semasa.
  3. Menubuhkan dan melantik Jawatankausa-jawatankausa Kerja dengan mempunyai bidang  tugas khusus dalam melaksanakan pengelolaan ‘SUKAN SABAH’.
  4. Pada amnya bertanggungajwab kepada Jawatankuasa Induk.

4.3 Tugas-tugas Jawatankausa Pengelola / Pelaksana:-

  1. Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana adalah bertanggungjawab membuat segala  persediaan yang perlu untuk ‘SUKAN SABAH’ dan ianya adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.
  2. Ahli Jawatankuasa Induk dari masa ke semasa hendaklah dijemput hadir ke Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana.
  3. Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada Persatuan Sukan Negeri dan tiap-tiap sukan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Teknikal dan Pertandingan yang mengandungi wakil-wakil daerah yang mana berkenaan bagi tiap-tiap sukan yang dipertandingkan.
  4. Jawatankuasa Peringkat Daerah - setiap Daerah mestilah diwakili oleh Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah. Wakil dari Kementerian Belia dan Sukan Sabah / Lembaga Sukan Negeri Sabah / Majlis Sukan Negeri Sabah hendaklah dijemput hadir.