Perutusan Menteri

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh/Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, Majlis Sukan Negeri Sabah telah berjaya membangunkan laman sesawang rasminya sendiri.

Usaha Majlis Sukan Negeri untuk mewujudkan Laman Web rasmi amat bersesuaian dengan saranan Kerajaan untuk mengurangkan penggunaan kertas dalam pentadbiran (Paperless administration). Saya percaya bahawa pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di Majlis Sukan Negeri Sabah, maklumat atau informasi mengenai aktiviti sukan dapat disalurkan dengan lebih cepat dan berkesan. Pihak pengguna juga dapat memperolehi maklumat terkini dari semasa ke semasa tanpa melalui pihak pengantara (first hand information).

Kita rakyat negeri Sabah amat bertuah kerana Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri telah memberi keutamaan kepada pembangunan sukan seiring dengan pembangunan sektor-sektor yang lain. Justeru, saya menyeru kepada semua pentadbir, pengurus, jurulatih dan atlet untuk berganding bahu merealisasikan hasrat kerajaan dalam memartabatkan sukan bukan sahaja sebagai pentas untuk menaikkan imej Negara di mata dunia, tetapi juga sebagai satu industri yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonom Negara.

Saya berharap masyarakat Sabah pada keseluruhannya (khususnya yang celik IT) memanfaatkan sepenuhnya kemudahan laman sesawang yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah ini. Saya juga berharap agar penggiat sukan menjadikan infrastruktur ini sebagai platform untuk menyalurkan pandangan atau teguran membina ke arah pembangunan sukan negeri ini.

Sekian, terima kasih.

YB Datuk Haji Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Menteri Belia Dan Sukan Sabah
Merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Sabah