Perutusan Pembantu Menteri

Selamat datang ke laman web rasmi Majlis Sukan Negeri Sabah. Dengan terbinanya laman web ini, diharapkan ianya dapat memberi satu lagi medium komunikasi antara Majlis Sukan Negeri Sabah dengan pengguna internet terutamanya persatuan-persatuan sukan, jurulatih mahupun atlet.

Sebagai peneraju utama sukan negeri, Majlis Sukan Negeri Sabah telah memainkan peranan penting dalam membangunkan sukan di negeri ini secara tersusun dan sistematik. Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan samada secara langsung atau tidak langsung kepada Majlis Sukan Negeri Sabah dalam usaha melaksanakan program dan pembangunan sukan negeri ini.

Kita tidak seharusnya berpuas hati dengan kejayaan yang ada, sebaliknya kita perlu sentiasa melakukan transformasi dalam pendekatan menguruskan hala tuju sukan di Negeri Sabah dan Malaysia Am-nya. Sesungguhnya kecemerlangan sukan tidak hanya terletak di bahu Kerajaan Negeri dan Persekutuan semata-mata sebaliknya memerlukan sokongan dari pelbagai pihak sama ada badan swasta mahupun individu.

Terima kasih atas usaha gigih semua pihak terutamanya kakitangan Majlis Sukan Negeri Sabah dan semoga tahun-tahun mendatang akan menjadikan kita lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.

YB Datuk Masiung Banah
Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah
Kementerian Belia Dan Sukan Sabah