Perutusan Pengarah

 

 

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Web Majlis Sukan Negeri Sabah. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, orang ramai boleh mendapatkan maklumat yang telah disalurkan dengan lebih cepat dan tepat di mana sahaja mereka berada bersesuaian dengan konsep "non stop centre", dengan erti kata lain maklumat di hujung jari pengguna internet. 

Majlis sukan Negeri sebagai agensi sukan mengikuti perkembangan teknologi maklumat telah mewujudkan laman web yang boleh digunakan bagi menyalurkan dan menerima maklumat dari seluruh warga sukan.

Berlandaskan dengan itu, Majlis Sukan Negeri Sabah iaitu merupakan organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak dan nadi penggerak dalam pembangunan sukan berprestij tinggi tidak melepaskan peluang untuk menyediakan kemudahan penggunaan internet sebagai medium komunikasi untuk beinteraksi dengan pengguna internet bagi mendapatkan maklumat mengenai pencapaian dan kegiatan sukan negeri Sabah.

Serata penggiat sukan khususnya, boleh mengakses informasi semasa mengenai program-program sukan, sosial rekreasi dan lain-lain program anjuran dan anjuran bersama oleh Majlis Sukan Negeri Sabah melalui laman web ini.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari laman web MSNS kepada para pengunjung laman web kami. Diharapkan pengunjung laman web ini mendapatkan maklumat yang diperlukan seterusnya boleh dijadikan media perantara yang lebih menjimatkan kos dan masa pengunjung. Sekian, Terima kasih.

Sekian, terima kasih.

TERRANCE EDWARD PUDIN
PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI SABAH