Perutusan Setiausaha Tetap

Salam Sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya menyampaikan ucapan syukur kerana Majlis Sukan Negeri Sabah melangkah setapak  lagi dalam pemantapan perkhidmatan, melalui pewujudan Laman Web Rasmi ini.

Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web, Majlis Sukan Negeri Sabah di atas usaha dan komitmen dalam merealisasikan pengendalian perkhidmatan dalam talian yang bersifat ‘mesra alam’ (Environmental-Friendly) ini.

Saya percaya bahawa Laman Web Rasmi ini mampu menjadi alat penyaluran maklumat melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah. Selain itu, Laman Web Rasmi ini turut memberi ruang kepada masyarakat Sabah amnya dan Persatuan Sukan Negeri khasnya yang memuatkan maklumat, maklum balas atau cadangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan sukan negeri ini.

Adalah diharapkan agar dengan wujudnya Laman Web rasmi ini, masyarakat  pada keseluruhannya dapat memperolehi maklumat terkini tentang program-program sukan kendalian Majlis Sukan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

Pada kesempatan ini, saya menyeru  kepada para penggiat sukan untuk melayari Laman Web ini secara konsisten agar lebih memahami peranan dan tanggungjawab Majlis Sukan Negeri Sabah dalam membangunkan sukan di negeri ini. Saya juga berharap agar para penggiat sukan menggunakan medium komunikasi ini sebagai platform untuk meningkatkan keterlibatan membantu Kerajaan dalam mengusahakan kecemerlangan atlet negeri Sabah di persada sukan antarabangsa, bersesuaian dengan visi Kementerian Belia dan Sukan  Negeri Sabah iaitu ‘Atlet bertaraf Dunia’

Sekian, terima kasih.

TUAN HJ AG DAMIT BIN AG ANAK
SETIAUSAHA TETAP
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH
MERANGKAP SETIAUSAHA MAJLIS SUKAN NEGERI SABAH