Program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (CCE)

1. LATAR BELAKANG

1.1 Kursus Pendidikan Kejurulatihan Berterusan atau ”Continuous Coach Education” CCE merupakan aktiviti–aktiviti pendidikan atau pembelajaran yang mempunyai hubungkait dengan bidang kejurulatihan. Program ini juga menekankan aspek pembelajaran secara teori dan praktikal melalui program-program seperti bengkel, simposium, seminar dan persidangan.

1.2 Pihak Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama pihak Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) telah mewujudkan sebuah Program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan atau (CCE). Kursus CCE merupakan satu rangkaian pembelajaran mengenai pendidikan sains kejurulatihan yang berterusan kepada semua jurulatih-jurulatih sukan di seluruh Negara.

1.3 Program ini diwujudkan berdasarkan kepada beberapa pekara iaitu menjadi salah satu medium penyebaran Pendidikan Sains Kejurulatihan secara berterusan dan mewujudkan hubungan industri dengan mana-mana persatuan kejurulatihan dari luar negara melalui memorandum persefahaman, Institusi Pendidikan Tinggi Awam/Swasta serta badan-badan korporat.

 

2. OBJEKTIF KURSUS CCE

2.1 Memastikan penganjuran dan penyertaan Kursus CCE ini mampu melahirkan lebih ramai barisan jurulatih yang berpengetahuan terkini dalam bidang sains sukan serta cemerlang di peringkat antarabangsa.

 

3. SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS CCE BAGI PESERTA KURSUS.

3.1 Kursus CCE ini adalah terbuka kepada semua Jurulatih dari seluruh Malaysia yang mempunyai kelayakan seperti di bawah:-

a) Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas.

b) Bagi Kursus CCE Asas (Basic), peserta mestilah mempunyai Lesen C dan ke atas.

c) Bagi Kursus CCE Lanjutan (Advance) mestilah mempunyai Lesen B dan ke atas serta telah mengikuti kursus cce asas (sila lampirkan salinan Lesen dan sijil penyertaan Kursus CCE Asas)

 

4. PERMOHONAN KURSUS

 4.1  Permohonan Kursus CCE adalah seperti dalam Takwim CCE

 4.2 Peserta perlu memuat turun borang permohonan CCE (MSN/CCE/1/2011) daripada laman web MSNM (muat turun Borang Kejurulatihan)

 4.3 Perserta dikehendaki menghantar borang permohonan CCE kepada Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negera empat puluh lima (45) hari sebelum kursus berlangsung. Melalui faks dan emel tidak dilayan.

 4.4 Permohonan bagi Kursus CCE Lanjutan (Advance) harus melampirkan salinan sijil Kursus CCE Asas (Basic) yang berkaitan.

 

5. YURAN PENYERTAAN PESERTA

YURAN PENYERTAAN SEMUA KURSUS FACE KURSUS BCE

(Basic Coaching Education)
KURSUS ACE

(Advance Coaching Education)
Jurulatih Luar (Bukan Lantikan MSNM/MSNS) RM100 RM150 RM250
Jurulatih MSNM/MSNS Percuma Percuma Percuma

5.2 Pembayaran boleh dibuat secara Wang Pos atas nama Majlis Sukan Negara Malaysia bersama borang penyertaan (45) hari sebelum kursus berlangsung.

5.3 Sekiranya peserta tidak dapat hadir pada kursus tersebut duit pembayaran tidak akan dikembalikan.

 

6. PERMOHONAN DAN PENGESAHAN PENGANJURAN PROGRAM

6.1  Kursus CCE ini adalah terbuka kepada semua badan-badan atau organisasi sukan di seluruh Malaysia seperti Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/IPTS), Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM), Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Kelab-kelab Sukan di Malaysia (sebagai pihak ke-3) jika ingin menjadi penganjur program.

6.2 Penganjur perlu membuat permohonan kepada Unit Pendidikan Sains Kejurulatihan (UPSK), Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, MSN dalam masa tiga (3) bulan atau 90 hari sebelum tarikh program.

6.3 Makluman persetujuan penganjuran program akan dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya 30 hari (waktu bekerja) selepas tarikh penerimaan maklumat lengkap permohonan.

6.4 Kursus CCE yang ditawarkan sahaja boleh dipohon (sila rujuk senarai kursus yang ditawarkan)

6.5 Kuota jumlah peserta bagi Kursus CCE Asas (Basic) dan Lanjutan (Advance) adalah tidak kurang dari 30 dan tidak melebihi 40 orang.

6.6 Jumlah masa (Hari) bagi penganjuran Kursus CCE sila rujuk perkara 8 Kandungan Kursus.

6.7 MSN membiayai honorarium instruktur dan jurulatih MSN sahaja.

6.8 Sekiranya ingin menjadi Penganjur Program CCE ini sebagai program tahunan, pihak penganjur perlu menyediakan satu memorandum persefahaman (MOU) bersama Cawangan Kejurulatihan, MSN dan kertas kerja.

 

7. PERALATAN DAN FASILITI YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PENGANJUR

7.1 Persediaan peralatan dan fasiliti yang perlu disediakan oleh penganjur ialah:

i)    Bilik kuliah yang boleh memuatkan 40 orang peserta dengan selesa

ii)    Bilik rehat untuk penceramah (sekiranya ada) 6

iii)   Projektor LCD, skrin dan komputer riba

iv)   Over Head Projektor (jika diperlukan oleh penceramah)

v)    Papan putih, pen marker, pemadam

vi)   Gymnasium kecergasan (ruang kosong) untuk sesi praktikal jika perlu

vii)  Salinan nota/bahan untuk peserta