Penerapan elemen Sains Sukan dan Teknologi Sukan dalam pencarian bakat, program pembangunan sukan dan pelapis Negeri Sabah serta menilai dan membantu meningkatkan prestasi atlet ke arah melahirkan atlet bertaraf dunia.
“SUKAN SABAH” adalah berkonsepkan kejohanan beraneka jenis sukan (multi sports competition) yang diadakan dwi tahunan dan diadakan berselang seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA). Penyertaan adalah terbuka kepada Warga Negara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah yang berumur 20 tahun ke bawah untuk kategori SUKMA.

Sejumlah 28 daerah telah menyertai Sukan Sabah (SAGA). Setiap daerah akan menghantar satu kontinjen yang akan menyertai semua acara yang pertandingkan.
BIL | TAHUN | PENGANJUR | SUKAN SABAH (SAGA) |
| 1. | 2003 | Kota Kinabalu | Saga I |
| 2. | 2005 | Kota Kinabalu | Saga II |
| 3. | 2007 | Tawau | Saga III |
| 4. | 2009 | Sandakan | Saga IV |
| 5. | 2011 | Keningau | Saga V |
| 6. | 2013 | Kota Kinabalu | Saga VI |
| 7. | 2015 | Tawau | Saga VII |
| 8. | 2017 | Sandakan | Saga VIII |
| 9. | 2019 | Keningau | Saga IX |
| 10. | 2023 | Kota Kinabalu | Saga X |