Soalan Lazim

Atlet

Majlis Sukan Negeri Sabah menyusun Program berdasarkan klasifikasi atlet

  1. Atlet Pelapis (Pembangunan)
  2. Atlet Elite (Kebangsaan/ Antarabangsa)
  3. Atlet Paralimpik

Insentif akan diberikan sebagai pengiktirafan kejayaan atlet dan Kerajaan Negeri akan memberi separuh dari insentif di peringkat persekutuan

Majlis Sukan Negeri Sabah akan memberi bantuan RM1,000.00 setiap penyertaan di peringkat antarabangsa serta kemudahan yang di anggap perlu

Atlet yang mengalami kecerderaan dibawah Program Majlis Sukan Negeri Sabah akan dirujuk krpada Hospital Quen Elizabath HQE dan ISN cawangan Sabah

Jurulatih

Perlu menyertai kursus dan lulus

  1. Pengkhususan Sukan Spesifik
  2. Sains Sukan

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang-borang permohonan kursus yang terdapat di laman web Majlis Sukan Negeri Sabah dan menghantar borang tersebut ke Bahagian Sains Sukan, Majlis Sukan Negeri Sabah melalui FAX: 088-538390 atau email christle.msns@gmail.com

Awam

Majlis Sukan Negeri Sabah tidak menyediakan pendaftaran kepada sukarelawan

Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS 88999 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia

Kemudahan-kemudahan tidak boleh digunapakai oleh orang awam, walaubagaimana pun, kemudahan dan peralatan sukan dikawal selia dibawah Lembaga Sukan Negeri Sabah

Majlis Sukan Negeri Sabah menjadikan Sukan-sukan yang dipertandingan diperingkat Sukma sebagai perhatian utama

Peranan utama MSNS adalah membantu persediaan sukan berprestasi tinggi menghadapi kejohanan peringkat Negeri, Kebangsaan dan antarabangsa

Menjadi seorang atlet perlu melepasi beberapa fasa bermula dari akar umbi

  1. Tid
  2. Program Pembangunan Atlet
  3. Menyertai Kejohanan Di Peringkat Kebangsaan

Pemilihan sukan berdasarkan kepentingan dipertandingkan di temasya yang berprestig seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA.

Program TID dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, ISN cawangan Sabah dan Persatuan Sukan Negeri Sabah. Penyertaan dari Sekolah-sekolah yang menjadi venue program.