Sukan Bimp-Eaga

1.     LATAR BELAKANG

1.1    Sukan ini diadakan pertama kalinya di Mindanao, Philippines pada tahun 1996, manakala Negeri Sarawak telah menjadi tuan rumah kali Ke 2, pada tahun 1997 dan diikuti oleh Negara Philippines pada tahun 1998. Selepas itu tiada Negara yang menjadi tuan rumah sehinggalah pada tahun 2003. Walau bagaimanapun, sukan ini telah dapat diadakan pada tahun 2005, di Negeri Sabah.

1.2    Temasya sukan ini diadakan dua (2) tahun sekali dan melibatkan atlet berumur 21 tahun kebawah.

 

2. OBJEKTIF

2.1    Diantara objektif Penganjuran Sukan BIMP EAGA adalah seperti berikut :-

2.1.1    Sebagai satu landasan terhadap kemajuan dan pembangunan sukan diantara Negara Brunei Darussalam, Negara Indonesia, Negara Malaysia (Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan) dan Negara Philippines;

2.1.2    Untuk mencungkil bakat ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa;

2.1.3    Sukan Perpaduan dan Persahabatan serta sukan untuk semua dikalangan negara dan negeri yang mengambil bahagian; dan

2.1.4    Untuk meningkatkan pengurusan dan kepegawaian sukan di Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Philippines.

 

3.    PENYERTAAN NEGERI DAN NEGARA JEMPUTAN

3.1    BIMP EAGA ditubuhkan pada November 1994, di Bandaraya Davao, Philippines yang

mempunyai 16 Wilayah atau “focus area” seperti berikut:-

3.1.1    NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

a. Brunei Darussalam

3.1.2    NEGARA INDONESIA

a. Sulawesi Utara

b. Sulawesi Tengah

c. Sulawesi Selatan

d. Sulawesi Timur Selatan

e. Kalimantan Timor

f. Kalimantan Barat

g. Kalimantan Selatan

h. Kalimantan Tengah

i. Maluku

j. Irian Jaya

3.1.3   NEGARA MALAYSIA

a. Sabah

b. Sarawak

c. Wilayah Persekutuan Labuan

3.1.4    NEGARA PHILIPPINES

a. Mindanao

b. Pahlawan