Sukan Borneo

1.    LATARBELAKANG

a.    Sukan Borneo adalah pertandingan sukan olahraga yang diadakan pada tahun 1954, di Seria, Negara Brunei Darussalam diantara Negara Brunei Darussalam, Negeri Sarawak dan Negeri Sabah . Dalam tahun 60an, beberapa jenis telah dipertandingkan diantara tiga  wilayah Borneo ini seperti Bolasepak, Badminton, Hoki, Bola Keranjang dan lain-lain lagi mengikut sukan masing-masing. Pada tahun 70an semua pertandingan telah diberhentikan kerana beberapa fackor seperti kewangan dan sebagainya.

b.    Pertandingan sukan diantara tiga (3) wilayah ini terus diadakan dan dianjur oleh Persatuan Sukan di Wilayah yang berkenaan sehingga masakini. Bagi mempastikan bahawa sukan-sukan yang dipertandingkan di antara wilayah ini dapat digabungkan penganjuran nya, maka beberapa siri perjumpaan telah diadakan bagi membincangkan Penganjuran Sukan Borneo 1, Negeri Sabah telah menjadi tuan rumah Sukan Borneo 1, yang telah diadakan pada 17-22 Disember 2005, di Kota Kinabalu.

 

SUKAN TEMPAT TARIKH
Borneo I Sabah, Malaysia 17 - 21 Disember 2005
Borneo II Sarawak, Malaysia 2007
Borneo III Brunei Darussalam 29 November - 6 Disember 2009
Borneo IV Samarinda, Indonesia 4 Disember - 11 Disember 2011
Borneo V W.P Labuan, Malaysia 14 - 21 September 2013

 

2.    OBJEKTIF

Diantara Objektif Penganjuran Sukan Borneo adalah seperti berikut:-

•    Sebagai satu landasan terhadap kemajuan dan pembangunan sukan diantara Negara Brunei Darussalam, Negara Indonesia, Negeri Sarawak, Negeri Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

•    Untuk mencungkil bakat ke peringkat Kebangsaan dan Antarbangsa.

•    Sukan Perpaduan dan Persahabatan serta sukan untuk semua dikalangan Negara dan negeri yang mengambil bahagian dan

•    Untuk meningkatkan pengurusan dan kepegawaian sukan di Negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Negara Brunei Darussalam dan Indonesia.

3.    PENYERTAAN NEGERI DAN NEGARA JEMPUTAN

Negara, Negeri dan Provinsi yang akan menyertai kejohanan ini adalah seperti berikut:-

•    Negara Brunei Darussalam

•    Negeri Sabah, Malaysia

•    Negeri Sarawak, Malaysia

•    Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia

•    Negeri Pahang, Malaysia 

•    Kalimantan Barat, Indonesia

•    Kalimantan Timur, Indonesia

•    Kalimantan Tengah, Indonesia

•    Kalimantan Selatan, Indonesia

•    Australia ( Jemputan )

•    Makasar, Indonesia ( Jemputan )

•    Negeri Johor ( Jemputan )