Talent Identification (TID)

;1.Pengenalan

Penganjuran program pencarian bakat baru melalui Program TID dengan kerjasama Institiut Sukan Negara, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Persatuan Lawan Pedang Negeri Sabah.

2.   Latar Belakang

Menjadikan program TID antara platform mudah pencarian bakat baru bagi menyokong dan memastikan Kementerian Belia dan Sukan Sabah melalui Majlis Sukan Negeri Sabah sentiasa melahirkan atlet bertaraf dunia.

 

3.   Objektif  

Memperkenalkan dan menarik minat kanak-kanak terhadap sukan daripada peringkat umur rendah.

Memberi pendedahan kemahiran asas sukan dan amalan sains sukan kepada kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Memupuk disiplin dan menanam serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan peserta.

Menanam dan mengamalkan kerjasama di kalangan peserta yang berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang.

Menggalakkan penglibatan dan sokongan ibubapa yang aktif secara berterusan.

 

4.    Peserta

Kelompok sasaran adalah Pelajar di bawah 15 tahun.

5.    Yuran Pendaftaran

 Tidak dikenakan yuran penyertaan.

 

 

 

6.    Penginapan, Makan-minum dan Tamban

Pihak Majlis Sukan Negeri Sabah TIDAK menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta walaubagaimanapun makan dan minum peserta sepanjang program adalah disediakan.      

7.   Penilai / Urus setia

Pihak Majlis Sukan Negeri TIDAK menyediakan penginapan untuk Penilai sepanjang program. Penilai/Penyelaras TIDAK akan membuat tuntutan memandangkan program dijalankan pada hari bekerja.