Anugerah Sukan Negeri Sabah (ASNS) telah diperkenalkan sejak tahun 1985. Pengiktirafan Kerajaan terhadap kejayaan para atlet dan pegawai-pegawai sukan melalui Anugerah Sukan Negeri sabah diadakan setiap tahun adalah merupakan daripada sokongan terhadap aktiviti sukan tanah air.
JENIS ANUGERAH SUKAN
Olahragawati Negeri Sabah
Olahragawati Harapan Negeri Sabah
Pasukan Perempuan Terbaik
Kepimpinan Sukan
Pasukan Sukan Terbaik
Jurulatih Terbaik
Olahragawati (OKU)
TUJUAN ANUGERAH SUKAN
Sijil Pengecualian Kursus Sains Sukan merupakan kelebihan yang diberikan kepada pemohon yang telah mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda / sarjana / doktor falsafah dalam sains sukan, kejurulatihan sukan, pendidikan jasmani atau yang setara dengannya dan telah diperakukan oleh AKK.
Olahragawan Negeri Sabah
Olahragawan Harapan Negeri Sabah
Pasukan Lelaki Terbaik
Tokoh Sukan
Anugerah Khas
Wartawan Sukan Terbaik
Olahragawan (OKU)
KOMPONEN UTAMA
Skim Insentif bertujuan untuk menghargai kecemerlangan atlet yang telah mengharumkan nama Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
Skim Insentif ini adalah merupakan Skim Hadiah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Belia dan Sukan/Majlis Sukan Negeri Sabah kepada atlet-atlet Sukan Negeri Sabah yang telah dilaksanakan sejak tahun 1987.
Usaha serta pengorbanan para atlet perlu dihargai dengan memberi ganjaran. Untuk memenangi sebutir pingat, para atlet memerlukan desiplin serta kesungguhan dan pengorbanan yang tidak pernah luntur.
Untuk memberi motivasi luaran kerana mencapai kejayaan di Kejohanan Kebangsaan dan Antarabangsa yang berprestij serta telah mengharumkan nama Negeri Sabah Khasnya dan Negara Malaysia Amnya.
Sebagai pemangkin kepada Persatuan Sukan Negeri dan atlet agar berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.
Sebagai penghargaan Kerajaan Negeri Sabah kepada pencapaian dan pengorbanan para atlet.
Skim Insentif ini adalah merupakan hadiah berupa pemberian wang tunai yang disalurkan kepada Pesatuan Sukan Negeri atau atlet yang berkenaan seperti Sukan Individu dan Sukan Berpasukan.
InformasiMSNS
Majlis Sukan Negeri Sabah
Tingkat 4, Blok A Wisma MUIS, Kota Kinabalu Sabah, Malaysia 088-538392 | 088539397
PENAFIAN : Majlis Sukan Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan.