
Program ini dilaksanakan diseluruh daerah Sabah dengan kerjasama pihak KBS, MSN(M), JBS dan MSN(SABAH) dalam memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam segala aspek pembangunan sukan.

Program ini telah berjaya membantu Pembangunan Sukan Para Negeri Sabah kerana ramai bakat baru dan berpotensi telah dikenal pasti melalui program.