Perutusan daripada
Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam “Malaysia Madani” dan salam “Sabah Maju Jaya”.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin Nya kita dapat membangunkan laman sesawang Majlis Sukan Negeri Sabah untuk edisi baru ini sejajar keperluan semasa.
Pembangunan teknologi digital semenangnya telah menjadi entiti penting dalam kehidupan manusia sejagat. Majlis Sukan Negeri Sabah juga tidak ketinggalan dalam usaha melakukan pembaharuan demi pembaharuan dalam pendigitalan untuk mencapai misi dan visi Kementerian Belia dan Sukan Sabah pada keseluruhannya.
Laman sesawang ini diharap dapat membantu dalam mendekatkan semua infomasi Kementerian dan Majlis ini kepada masyarakat dan dalam masa yang sama memudahkan segala urusan pemakluman dan perkembangan sukan melibatkan atlet dan kepegawaian di Sabah khususnya.
Sekian.
MOHD ASNEH MOHD NOR
Pengarah MSN Sabah