Unit PENGURUSAN ACARA

Majlis Sukan Negeri Sabah

Tadbir urus persediaan dan penyertaan ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Merancang dan melaksanakan program insentif kemenangan sukan peringkat kebangsaan, antarabangsa dan temasya sukan seperti Sukan SEA, ASIA, Komanwel dan Olimpik.

Menyelaras penyertaan sukan / lawatan kerja di peringkat kebangsaan / antarabangsa.

  • Sukan Persahabatan BIMP-EAGA
  • Sukan Borneo
  • Sukan Arafura dan lain-lain temasya yang berkaitan

Bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan berkaitan termasuk penyedia perkhidmatan, pihak media, dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan semua aspek acara sukan berjalan lancar.

SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

SUKMA merupakan kejohanan beraneka sukan (multi-sport competition) dan berkonsepkan “Mini Sukan Olimpik” di Malaysia yang melibatkan atlet remaja dibawah umur 21 tahun.

SUKMA diadakan secara tahunan bermula pada tahun 2011. Negeri Sabah telah mengambil bahagian di dalam SUKMA sejak tahun 1986 dan pernah menjadi tuan rumah SUKMA pada tahun 2002.

OBJEKTIF SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

Bakat

Mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah.

Sukan

Meningkatkan mutu sukan.

Prestasi

Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti jurulatih, pegawai-pegawai teknikal dan pentadbir-pentadbir sukan.

Kemudahan

Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta membaik pulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri mahupun daerah.

Asas Pemilihan

Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ketemasya sukan di peringkat antarabangsa dimasa hadapan.

Intergrasi Nasional

Sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.

PENYERTAAN KONTINJEN NEGERI SABAH DI SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

 

BIL

SUKMA

BIL NEGERI YANG MENYERTAI

BIL SUKAN DISERTAI

BIL PINGAT EMAS DIPERTANDINGKAN

KED

PUNGUTAN PINGAT

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

SUKMA I, 1986, Kuala Lumpur

17

12/26

127

6

9

8

8

25

2

SUKMA II, 1988, Kuala Lumpur

17

14/26

133

10

4

12

7

23

3

SUKMA III, 1990, Sarawak

17

13/26

134

7

5

4

9

18

4

SUKMA IV, 1992, Johor

17

14/26

199

6

4

12

8

24

5

SUKMA V, 1994, Perak

17

16/26

230

5

19

14

14

47

6

SUKMA VI, 1996, Pahang

19

19/26

277

7

20

19

21

60

7

SUKMA VII, 1998, Selangor

16

23/26

264

9

11

10

12

33

8

SUKMA VIII, 2000, Pulau Pinang

19

20/25

332

10

12

11

16

39

9

SUKMA IX, 2002, SABAH

20

27/27

347

4

28

38

42

108

10

SUKMA X, 2004, Negeri Sembilan

17

18/27

370

7

21

28

37

86

11

SUKMA XI, 2006, Kedah

16

19/31

370

7

26

26

29

81

12

SUKMA XII, 2008, Terengganu

15

22/27

406

11

21

20

31

72

13

SUKMA XIII, 2010,Melaka

15

23/33

437

12

22

33

40

95

14

SUKMA XIV, 2011, Kuala Lumpur

14

7/20

129

8

4

5

13

22

15

SUKMA XV, 2012, Pahang

15

20/24

379

9

18

20

52

90

16

SUKMA XVI, 2013,Kuala Lumpur

14

8/20

132

12

4

6

8

18

17

SUKMA XVII, 2014,Perlis

15

20/24

396

9

21

31

44

96

18

SUKMA XVIII, 2016,Sarawak

15

21/26

385

7

25

37

38

100

19

SUKMA XIX, 2018, Perak

15

 

428

6

32

28

46

106

20

SUKMA XX, 2022,Kuala Lumpur

15

 

429

6

30

29

39

98

SEKRETARIAT SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

  • Urus Setia Tetap Sukan Malaysia bagi Kontinjen Negeri Sabah
    • Jawatankuasa Induk
    • Jawatankuasa Kewangan 
    • Jawatankuasa Pelaksana
  • Melaksanakan program-program berkaitan Sukan Malaysia
  • Mengurus penyertaan / pendaftaran Kontinjen Negeri Sabah
  • Mengurus dan melaksanakan perlantikan kontrak Pegawai dan Atlet SUKMA Kontinjen Negeri Sabah

SUKAN SABAH (SABAH GAME)

Merupakan salah satu platform untuk memilih atlet yang cemerlang bagi membawa cabaran Negeri Sabah Khasnya dan Negara Malaysia Amnya ke Kejohanan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Sukan Sabah (SAGA) diadakan secara dwi tahunan, berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA).
Pada Temasya Sukan Sabah (SAGA) VIII, Sandakan 2017, seramai 4991 atlet dan pegawai telah menyertai kejohanan ini dan daerah Keningau telah menjadi Johan Keseluruhan dengan pungutan pingat sebanyak 31 Emas, 26 Perak dan 19 Gangsa.
Pada Temasya Sukan Sabah (SAGA) IX, Keningau 2019, seramai 5460 atlet dan pegawai telah menyertai kejohanan ini dan daerah Kota Kinabalu telah menjadi Johan Keseluruhan dengan pungutan pingat sebanyak 30 Emas, 26 Perak dan 23 Gangsa.

OBJEKTIF SUKAN SABAH

Meningkatkan mutu kepegawaian sukan yakni sebagai Pentadbir, Pegawai Teknikal, Jurulatih dan Kesukarelaan.
Memberi tumpuan kepada aspek pembangunan atlet remaja di Negeri Sabah selaras dengan Objektif Program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan kelolaan Majlis Sukan Negara Malaysia.
Menggalakan pembinaan kemudahan sukan atau baikpulih kemudahan sukan yang sedia ada di peringkat akar umbi.
Mempertingkatkan keupayaan dan mutu penganjuran sukan di peringkat daerah.
Mencungkil lebih ramai atlet berpotensi dari peringkat akar umbi untuk mewakili Negeri Sabah dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung pada tahun berikutnya.
Mempromosikan dan meningkatkan penyertaan golongan belia dalam sukan yang kurang popular.
Menggalakan penubuhan Persatuan/Kelab sukan diperingkat daerah.

Informasi MSNS

Majlis Sukan Negeri Sabah

Tingkat 4, Blok A
Wisma MUIS, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
088-538392 | 088539397

msnsabah2018@gmail.com
Kemaskini : 21/02/2026 @ 11:08
KEMENTERIAN BELIA DAN
SUKAN SABAH

MAJLIS SUKAN NEGERI SABAH

Tingkat 4, Blok A
Wisma MUIS, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
No. Tel: 088-539397
Email: MSN.Sabah@sabah.gov.my
KEMENTERIAN BELIA
DAN SUKAN SABAH
Kemaskini Laman Web
21/02/2026 @ 11:08

Informasi MSNS

Majlis Sukan Negeri Sabah

Tingkat 4, Blok A
Wisma MUIS, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
No. Tel: 088-538392 | 088-539397
Email: MSN.Sabah@sabah.gov.my
KEMENTERIAN BELIA DAN
SUKAN SABAH
Kemaskini Laman Web
21/02/2026 @ 11:08

Informasi MSNS

Majlis Sukan Negeri Sabah

Tingkat 4, Blok A
Wisma MUIS, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
088-538392 | 088539397
Kemaskini : 21/02/2026 @ 11:08
KEMENTERIAN BELIA DAN
SUKAN SABAH
PENAFIAN : Majlis Sukan Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang dibekalkan di dalam laman web ini atau yang dimasukkan sebagai pautan.
Hak Cipta © 2024 Majlis Sukan Negeri Sabah. All rights reserved. © Laman Web ini dibangunkan Khaiz Empire.